Search This Blog

Wednesday, September 21, 2011

Bagaimana menguji keberkesanan Antivirus anda?






Pernahkah kamu terfikir bagaimana menguji perisian antivirus anda samada ia berfungsi atau sebaliknya?

Proses ini dipanggil “EICAR test”. Ia boleh digunakan kepada mana-mana antivirus dan telah dibikin oleh European Institute of Computer Antivirus Research.

Proses ini boleh digunakan oleh semua orang, syarikat, dan pembuat antivirus untuk menguji fungsi antivirus/antimalware tanpa menghadapi virus sebenar yang mana boleh melumpuhkan komputer anda.

Di bawah ialah langkah-langkah untuk ujian berkenaan:-


1. Buka notepad (New Text Document.TXT) dan copy kod di bawah kemudian save notepad itu.

EICAR Test code

X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*


2. Rename file dari New Text Document.TXT itu kepada myfile.com

3. Sekarang run antivirus scan pada myfile.com file itu

Jika antivirus berfungsi dengan baik, amaran akan dikeluarkan terus dan file itu akan terus didelete. Jika tidak maka anda terpaksa re-install antivirus anda.

Ujian ini tidak akan memberi kerosakan kepada komputer anda dan ini adalah kaedah yang paling selamat untuk menguji keberkesanan antivirus anda.selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts